Kelulusan ini dilihat sebagai satu sokongan terhadap Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam usaha memerangi pengganas Daesh di kawasan bergolak tersebut.

Pasukan keselamatan terdahulu telah memberitahu kongres bahawa kumpulan militan yang setia kepada Daesh sedang melakukan penyusunan semula dan melatih anggota baharu dalam menyebarkan lagi kempen keganasan mereka.

Namun, usaha ini dilihat oleh para pembangkang presiden sebagai 'melampau' dan tidak memenuhi perlembagaan yang mensyaratkan keputusan tersebut hanya boleh diambil apabila berlaku pemberontakan terhadap kerajaan. - REUTERS