Kajian yang diketuai oleh Monique van Hoek juga mendapati air liur reptilia itu mengandungi pelbagai jenis bakteria yang tidak menjejaskan haiwan berkenaan.

Sehubungan itu para saintis berkenaan telah mencipta seba­tian tiruan berasaskan satu molekul darah komodo yang mengandungi aktiviti agen antimikrob yang boleh mempercepatkan penyembuhan luka pada tikus dikenali DRGN-1.

Menurut laporan portal BBC, kajian tersebut yang disiarkan dalam jurnal Biofilms and Microbiomes itu turut mendedahkan tentang kemungkinan protein dalam darah komodo boleh dijadikan antibiotik pada masa akan datang.

Para saintis berkenaan percaya kajian itu merupakan salah satu kejayaan dalam usaha mencari antibiotik baharu yang diperlukan untuk menentang patogen yang kebal terhadap pelbagai ubat.

Mereka mendapati haiwan komodo yang hidup di lima pulau di Indonesia mempunyai lebih 80 jenis bakteria dalam mulut termasuk beberapa daripadanya yang boleh menyebabkan keracunan darah atau sepsis.

Namun begitu bakteria berkenaan tidak membahayakan repti­lia tersebut yang dipercayai telah imun dengan bakteria itu.

Menurut saintis tersebut, DRGN-1 membantu menyembuhkan luka melalui aktiviti agen antimikrob dan mempercepatkan migrasi sel kulit untuk menutup luka terbabit.