Alibaba yang merupakan syarikat teknologi terbesar dunia berkata, Ma akan kekal dalam kedudukan sekarang sehingga 10 September tahun depan bagi memastikan peralihan berjalan lancar.

Ma yang merupakan bekas pengajar bahasa Inggeris di sebuah universiti di Hangzhou, China menubuhkan Alibaba pada tahun 1999 sehingga menjadi syairkat perusahaan internet terbesar di dunia.

Hari ini Ma yang genap berusia 54 tahun memiliki kekayaan peribadi berjumlah AS$40 juta. Menurut majalah perniagaan Forbes, Ma merupakan orang ketiga terkaya di China tahun lalu.

Media sebelum ini melaporkan Ma mahu bersara dan ingin memberi fokus terhadap kerja-kerja kebajikan dengan menubuhkan sebuah yayayan seperti yang dilakukan oleh Bill Gates.-Agensi