Dianggarkan seramai 809,000 etnik Rohingya kini berlindung di kem pelarian di Bangladesh susulan tindakan keganasan dan pembunuhan di negeri Rakhine, Myan­mar.

“Etnik Rohingya di Cox’s Bazar sangat lemah, kebanyakannya mengalami trauma kecil dan kini terpaksa hidup dalam keadaan sangat sukar,” kata koordinator penduduk tempatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bangladesh, Robert Watkins dalam satu kenyataan.

Tambah Watkins, dianggarkan seramai 91,000 orang lagi pelarian bakal tiba dalam tempoh beberapa hari.

“Tindakan segera daripada penderma diperlukan untuk organisasi bantuan meneruskan aktiviti membantu mereka dan memberikan perlindungan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh,” ujar Watkins.

Dalam perkembangan berlainan, seorang ratu cantik, Shwe Eain Si dilucutkan kemenangannya dalam Miss Grand Myanmar selepas dia di­dakwa menunjukkan sebuah rakaman video mengenai kumpulan militan Rohing­ya melakukan keganasan di barat negara itu.

Bagaimanapun, pihak Miss Universe Myanmar menafikan bahawa mereka ada kaitan de­ngan rakaman video berke­naan.

Firma itu dalam satu kenya­taan berkata, me­re­ka terpaksa berbuat demikian kerana Eain Si telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan. – AFP