Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, semua aspek perundangan akan dikemukakan dalam kes itu dan menggesa Rusia untuk mematuhi resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan oleh negara ini.

“Justeru semua negara perlu bekerjasama bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan,” katanya kepada Australia Broadcasting Corporation.

Jurucakap Kementerian Luar Australia gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Moscow yang menafikan penglibatan dalam pertempuran di timur Ukraine itu juga menafikan salah satu roket miliknya telah digunakan untuk menembak jatuh pesawat berkenaan.

Pada Jun lalu Belanda memaklumkan, suspek dalam kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah Belanda mengikut undang-undang negara itu. – Reuters