Trump mencetuskan kontroversi pada awal bulan ini apabila beliau mendakwa bekas Presiden, Barack Obama mencuri dengar perbualan telefonnya di Menara Trump.

“Biar saya jelaskan. Kita tahu tiada alat pendengaran rahsia di Menara Trump. Bagaimanapun, wujud kemungkinan bahawa alat pengawasan lain digunakan untuk menentang Trump dan sekutunya,” kata Nunes.

Malahan, Nunes turut memberitahu jawatankuasa itu tidak menemukan sebarang bukti berhubung pakatan sulit antara Rusia dan anggota kempen Trump. - REUTERS