Keadaan Dakir yang menghidap tumor limfoma di Kampung Citalingkup,
Keadaan Dakir yang menghidap tumor limfoma di Kampung Citalingkup, Desa Megamendung, Bogor. – Metro politan.id

Sejak 27 tahun bermulanya penyakit itu, warga emas berusia 64 tahun dari Kampung Citalingkup, Desa Megamendung di sini hanya mampu menggaru.

Katanya, kegatalan yang dialami muncul secara tiba-tiba menyebabkan dia merasa rendah diri dan bertindak mengasingkan diri. Malah setiap kali ada tetamu mengunjunginya, dia akan bersembunyi.

“Kadang-kadang saya menyorok di garaj kereta kerana merasa malu, malah jika bertemu dengan orang, bukan sahaja badan berasa sakit tetapi kepala juga sakit,” katanya yang menetap bersama isterinya, Aminah di sebuah rumah milik majikannya.

Menurut Dakir, sudah banyak pusat kesihatan masyarakat dikunjungi, namun doktor masih tidak mengetahui punca penyakit berkenaan sehinggalah dia memutuskan untuk mendapat rawatan di hospital yang mempunyai peralatan lebih lengkap.

“Hasilnya, doktor mengatakan saya menghidap ketumbuhan limfoma yang menyebabkan benjolan besar sehingga muka,” katanya.

Doktor memberitahu dia perlu dibedah. Dakir yang tidak mempunyai sumber kewangan terpaksa menjual rumahnya.

Wang itu bagaimanapun tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahannya menyebabkan dia terpaksa meminjam wang dan selepas tujuh tahun baharulah dia berjaya mengumpul wang dan menjalani pembedahan serta dikatakan telah sembuh.

Namun hari ini, penyakit itu muncul kembali malah benjolan semakin banyak.

Cuma dia bernasib baik kerana mendapat penderma dari Jakarta yang bersetuju menanggung kos perubatan herba untuknya.

Dakir berkata, dia amat bersyukur dengan bantuan ubat tersebut kerana sebelum ini, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana tubuhnya akan mengeras, malah menghadapi masalah pendengaran.

Walau bagaimanapun fikirannya masih terganggu kerana terpaksa menanggung hutang berjuta-juta rupiah akibat kos pembedahan sebelum ini. – Tribunnews.com