Tambah kumpulan berkenaan, sesiapa yang mengambil bahagian dalam proses pengundian akan dianggap sebagai ‘kafir’.

Menerusi rakaman audio yang disiarkan semalam, jurucakap kumpulan terbabit, Abu al-Hassan al-Mujaher menuduh kerajaan diterajui oleh Syiah di Iraq telah menjadi proksi Iran dan turut memberi amaran bahawa sesiapa yang menjalankan atau mengundi pada pilihan raya berkenaan bakal dijadikan sasaran.

“Kami memberi amaran kepada penduduk Sunni di Iraq bahawa Syiah mengambil kuasa. Pusat pengundian akan menjadi sasaran untuk kami, jadi jauhkan diri anda daripadanya,” ujar Abu al-Hassan.

Dalam pada itu, para pegawai Iraq berkata, semua pusat pengundian akan dikawal ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. - REUTERS