Pengakuan itu dibuat menerusi agensi berita mereka, Amaq di sini.

“Insiden serangan itu didalangi oleh pejuang-pejuang IS (Daesh),” kata agensi tersebut dalam satu kenyataan.

Sementara itu, di Jakarta, jurucakap polis Indonesia, Komisioner Kanan Yusri Yunus berkata, tiga individu ditahan oleh unit antipengganas Indonesia yang dikenali sebagai skuad Densus 88 kerana disyaki terlibat dalam serangan bom terbabit.

“Ketiga-tiga suspek diperca­-
yai berasal Bandung, Jawa Barat dan ditangkap di tiga lokasi berbeza hari ini,” kata Yusri seper-
ti dilaporkan portal Republika.

Straits Times yang memetik sumber sebagai berkata, ketiga-tiga suspek masing-masing dikenali sebagai Jajang Iqin Shodiqin, 56, Waris Suyitno, alias Masuit, 37, and Asep alias Abu Dafa.

Dalam insiden serangan bom yang berlaku berhampiran sebuah terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur itu, tiga anggota polis terbunuh bersama dua lagi individu yang dipercayai pengebom bunuh diri.

Menurut Jakarta Post, salah seorang pengebom yang terbunuh itu dikenali sebagai Ichwan Nurul Salam yang dilahirkan di Bandung pada 28 Di­sember 1985.

Identiti suspek yang diper­cayai pengebom kedua bagai­manapun belum dapat dikenal pasti ketika ini.

Dalam pada itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi berkata, pihaknya bersedia mempercepatkan rancangan untuk mengukuhkan undang-undang antikeganasan bagi mencegah berlakunya serangan baru.

“Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, mereka ter­nyata lebih terkedepan dalam hal ini,” katanya selepas meluang­kan masa mengunjungi lokasi serangan terbabit, semalam.

Serangan yang berlaku tiga hari sebelum kedatangan Ra­ma-
dan itu didakwa didalangi oleh kumpulan pengganas Daesh.

Perkara itu kemudian disahkan oleh agensi berita kumpulan tersebut, Amaq menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan berkaitan serangan berke­naan. –REUTERS/AGENSI