Daerah kecil itu adalah daerah kedua di Switzerland yang mengharamkan pemakaian penutup muka termasuk niqab dan burqa selepas tindakan sama dilakukan Perancis dan Denmark.

Pengundi di daerah berkenaan mendesak diperketatkan undang-undang bagi menghukum mereka yang memakai penutup muka di tempat awam atas alasan `mengancam dan membahayakan keselamatan awam atau agama atau keamanan sosial’.

Kerajaan wilayah yang menentang tindakan itu kini perlu melaksanakan keputusan pengundian berkenaan yang menyaksikan hampir 36 peratus pengundi membuang mengundi.

Pertubuhan Islam terbesar di negara ini, Majlis Pusat Islam menyarankan golongan wanita Islam agar terus menutup muka mereka dan akan memantau secara dekat pelaksanaan pengharaman berkenaan selain menimbangkan untuk mengemukakan tindakan undang-undang jika perlu. - Reuters