Ketua Biro Pembanterasan Narkotik (NSB), Lt Jen Sommai Kongvisaisuk berkata, konsainan ganja dan pil “Yaba”, sejenis dadah Methaphetamine, adalah milik raja dadah tidak didedahkan identitinya itu, dengan tawaran hadiah 2 juta Baht (RM250,000) diberikan bagi penangkapannya.

Walaupun raja dadah tersebut sudah melarikan diri selama lebih 10 tahun, Sommai berkata beliau tidak pernah berputus asa untuk menangkapnya selain memohon kerjasama negara jiran.

Baru-baru ini seorang pegawai penguatkuasa kanan memberitahu Bernama bahawa berasaskan risikan, raja dadah itu mungkin telah menjalani pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya, bagi mengelirukan pihak berkuasa. - BERNAMA