Ketika membuka pintu salah satu kereta yang ditahan itu, pihak polis terkejut apabila melihat begitu banyak buah oren melimpah keluar.

Ekoran kejadian itu, pihak polis menahan lima lelaki yang disyaki mencuri buah oren itu dan memuatkannya ke dalam kenderaan mereka.

Polis sebelum itu mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila ternampak dua kereta secara tiba-tiba menukar arah sebaik melihat kereta peronda polis.

Selepas menahan, polis mendapati kereta itu dinaiki sepasang suami isteri dan anak yang dewasa manakala sebuah lagi kereta dinaiki dua lagi anak mereka.

Setelah disoal-siasat, kesemua tahanan enggan memberitahu dari mana mereka mengambil buah oren itu.

Namun, salah seorang pemandu memberitahu mereka datang dari tempat yang jauh dan mengutip buah oren sepanjang perjalanan mereka.

Maklumat diperolehi polis mendapati satu laporan telah dibuat kerana berlaku kecurian buah oren yang banyak di Carmona.– Europa Press.