Dua senator Republikan berkata mereka menentang program alternatif yang dicadangkan oleh parti tersebut, sekali gus menjadikannya mustahil untuk rang undang-undang penjagaan kesihatan berkenaan diluluskan tanpa dilakukan pindaan.

BBC melaporkan, isu ber­kenaan mencetuskan perbalahan antara dua pihak berbeza dalam kalangan anggota Republikan terutamanya kesan akibat pemansuhan Obamacare.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menghapuskan dan menggantikan Obama­c­are yang sebelum ini menyaksikan lebih 20 juta rakyat negara itu mendapat pelindungan kesihatan, sebagai menunaikan janji kempennya yang utama.

Dua senator Parti Republikan, Mike Lee dan Jerry Moran, said rang undang-undang baharu gagal untuk menghapuskan sepenuhnya Obamacare.

Moran berkata,: “Kami tidak sepatutnya meluluskan dasar yang tidak baik” manakala Lee pula berkata, selain gagal menyinkirkan sepenuhnya Obama­care, rang undang-undang itu tidak menawarkan pengurangan premium yang sepatutnya kepada keluarga kelas pertengahan; dan juga tidak jauh berbeza dengan peraturan Obamacare.

Dua senator lain, Rand Paul dan Susan Collins - telahpun menentang rang undang-undang itu, sekali gus menyaksikan Parti Republikan yang mempunyai 52 kerusi tidak memperoleh undian yang cukup untuk mendapat kelulusan dalam kalangan 100 anggota senat.

Sementara itu, dalam perkembangan yang lain, mahkamah AS mengarahkan Trump mengeluarkan rekod senarai pelawat yang berkunjung ke pusat peranginan miliknya, Mar-a-Lago di selatan Florida.

Menurut Trump, beliau telah berkunjung ke pusat peranginan itu sebanyak tujuh kali tahun ini termasuk ketika beliau menjadi tuan rumah kepada beberapa pe­mimpin asing.

Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh kumpulan pengawasan bukan berasaskan keuntungan, Citizens for Responsibility and Ethics in Washington (Crew), National Security Archive (NSA) dan Knight First Amendment Institute di Columbia University.

Antara pemimpin asing yang dipelawa oleh Trump ke pusat peranginan berkenaan adalah Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden China, Xi Jinping.