Mereka adalah kumpulan kedua yang berjaya dihalang pihak berkuasa daripada meninggalkan kem pelarian tersebut dalam tempoh tiga hari.

Pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) dilaporkan berjaya menjumpai 11 wanita, 10 kanak-kanak dan seorang lelaki di sebuah kampung di kawasan pantai Teluk Bengal berhampiran sempadan Myanmar.

“Kesemua pelarian tersebut dikatakan membayar sebanyak AS$1,200 (RM4,882) setiap seorang kepada penyeludup untuk menyusup masuk ke Malaysia dengan menaiki bot,” kata jurucakap BGB. -AFP