Di Perancis, sekurang-kurangnya 350,000 buah rumah telah dipotong bekalan elektrik buat sementara waktu manakala di pantai Timur England pula, amaran banjir teruk dikeluarkan berikutan cuaca sejuk melampau.

BBC melaporkan, Jerman pula sedang bersiap sedia untuk menghadapi salji lebih tebal yang ketika ini, bergerak ke arah timur negara itu seperti yang telah diramalkan oleh peramal cuaca.

Sementara itu, Balkan dan Turki berterusan menghadapi keadaan cuaca sejuk melampau di negara.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mengeluarkan kenyataan mengatakan keadaan cuaca melampau juga telah menyebabkan pelbagai insiden kemalangan jalan raya selain daripada penutupan sekolah serta pembatalan penerbangan.

Cuaca sejuk ini juga menjejaskan gelandangan dan pelarian di Greece dan Serbia yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan juga kekurangan alat pemanas badan.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ada beberapa pelarian maut akibat sejuk melampau dan kepenatan di Bulgaria.