Pegawai Jabatan Pembendungan Bencana Alam dan Mitigasi (DSPM) berkata, kebanyakan mangsa mati akibat terdedah kepada cuaca sejuk atau masalah pernafasan.

Portal Bangkok Post melaporkan, kebanyakan yang maut tinggal di utara dan timur laut Thailand yang merupakan kawasan paling teruk dilanda cuaca sejuk.

Bangkok Post yang memetik DSPM melaporkan, empat mangsa ditemui maut di Udon Thani, dua orang di Chai Nat, manakala seorang masing-masing di Samut Prakan, Nakhon Ratchasima, Sakon Nakhon, Tak, Prachin Buri, dan Rayong.

Terdahulu, dua orang me­ninggal dunia di wilayah Chainat ekoran penurunan suhu secara melampau.

Cuaca sejuk melanda Thailand, menyaksikan suhu menurun di bawah 5 darjah Celsius di beberapa kawasan, penurunan lebih 10 darjah Celcius daripada kebiasaan.

DPPM memaklumkan, banjir dan ribut dilaporkan berlaku di selatan Thailand akibat tekanan tinggi dan memberi kesan kepada 3,000 buah keluarga.

Amaran cuaca buruk dikeluarkan di beberapa wilayah di timur laut negara ini, manakala tentera menyampaikan bantuan termasuk jaket dan makanan kepada penduduk tempatan yang terjejas. – dpa