Setakat Isnin lalu sekurang-kurangnya 65 terkorban manakala seorang banduan berusia dalam lingkungan 40-an juga meninggal dunia akibat strok haba di bandar Miyoshi.

Seorang pegawai Kementerian Pertanian memberi amaran berlaku `peningkatan harga’ sayur jika cuaca panas berterusan pada minggu-minggu akan datang.

Agensi Meteorologi Jepun menjangkakan cuaca panas melampau akan berterusan untuk tempoh beberapa minggu lagi dan akan menerima hujan kurang daripada jumlah biasa. - Reuters