Comey mengumumkan perkara tersebut kepada penggubal undang-undang AS dalam prosiding perbicaraan Kongres AS yang paling dinanti sejak awal Mei lalu.

Menurut Comey, pentadbiran Trump berbohong dan memfitnah beliau serta FBI selepas memecatnya pada 9 Mei lalu.

Dalam kenyataan bertulis yang dikeluarkan hari ini, Comey berkata, Trump memintanya menggugurkan siasatan oleh FBI ke atas Flynn pada Februari lalu sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan campur tangan Russia dalam pilihan raya Presiden AS yang diadakan tahun lepas. - REUTERS