Dalam satu ‘drama’ yang berlangsung serentak di dua bandar, sebuah mahkamah mendapati bekas pembantu Trump bersalah terhadap lapan pertuduhan ketika seorang lagi orang kanan Pre­siden mengaku bersalah terhadap lapan pendakwaan berhubung Siasatan Persekutuan semasa pilihan raya Presiden 2016.

Di New York, Michael Cohen yang juga peguam peri­badi Trump mengaku bersalah terhadap pertuduhan termasuk derma haram.

Cohen memperincikan ba­gai­mana beliau membuat bayaran sebelum pilihan raya bagi menutup mulut bintang lucah, Stormy Daniels dan model Playboy, Karen McDougal dengan kedua-duanya mendakwa mempunyai hubungan sulit de­ngan Trump.

Namun dalam satu pe­ngakuan mengejutkan, Cohen merujuk Presiden atau ‘Individu 1’ sebagai seorang rakan subahat dengan men­dakwa beliau bertindak dalam penyela­rasan dan atas arahan seorang calon untuk Pejabat Persekutuan dalam membuat pembayaran itu.

Pengakuan itu meletakkan Trump dalam ‘bahaya perunda­ngan’ selain meningkatkan prospek bahawa bekas orang kanan yang paling dipercayai sedang bersedia untuk membocorkan rahsia yang disimpan sejak berpuluh tahun sebagai ganti kepada hukuman yang dikurangkan.

Dalam satu kenyata­an kepada media, pe­guam Trump, Rudy Giu­liani ber­­kata, tiada pertuduhan akan sebarang salah laku Presi­den dalam pe­r­tuduhan keraja­an terhadap Cohen.

Namun peguam Co­­hen, Lanny Davis menerangkan anak guam­­­nya me­ngenai ber­pa­ling tadah selepas bebe­rapa tahun ber­ikrar sanggup berkorban apa sahaja untuk Trump.

“Hari ini, beliau berdiri dan membuat pengakuan de­ngan bersumpah bahawa Donald Trump mengarahkannya untuk melakukan satu jenayah dengan membuat pembayaran kepada dua wanita de­ngan tujuan utama mempe­ngaruhi pilihan raya,” kata Davis.

Ketika drama Cohen sedang berlangsung di New York, juri di Virginia mendapati bekas pengarah kempen Trump, Paul Manafort, bersalah atas lapan tuduhan termasuk penipuan bank, penipuan cukai dan kegagalan untuk mengisytiharkan akaun bank a­sing.

Adalah menjadi pilihan Cohen untuk mengemukakan perjanjian rayuan yang mungkin membaha­yakan Trump.

Walaupun sudah menjadi tra­disi undang-undang Amerika bahawa Presiden tidak boleh dibi­carakan, dakwaan itu jika terbukti benar hanya akan meningkatkan gesaan kepada pemecatan beliau ketika pilihan raya Kongres pada November ini.

“Saya fikir pemecatan kini akan ditentukan oleh pilihan raya pertengahan penggal. Tidak dapat dielakkan sekarang bahawa Parti Demokrat boleh membangkitkan isu terbabit secara sah,” kata pakar strategi Parti Republikan dan pengkritik Trump, Rob Stutzman kepada New York Times.

Ketika ditanya oleh hakim di Manhattan, Cohen menyata­kan beliau membayar sejumlah AS$130,000 (RM532,452) dan AS$150,000 (RM614,368) kepada setiap dua wanita berkenaan yang mendakwa mempunyai hubu­ngan sulit dengan Trump.

Hakim Persekutuan me­mak­lum­kan Cohen, 51, bahawa beliau berdepan hukuman penjara maksimum 65 tahun penjara dengan keputusannya akan diputuskan pa­da 12 Disember. – AFP