Sebaliknya, ia adalah merupakan muslihat dan penipuan yang dilakukan oleh AS di bawah pentadbiran bekas Presiden George W. Bush dan sekutunya untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu, John Nixon yang bertanggungjawab menyoal siasat Saddam selepas penangkapannya di Tikrit, Iraq pada bulan Disember 2003.

Nixon dipilih untuk menyoal siasat bekas presiden Iraq kerana beliau dianggap sebagai pakar setelah mengkaji Saddam sejak mulai menyertai CIA pada tahun 1998.

Ketika diwawancara oleh rangkaian BBC baru-baru ini, beliau yang bersara dari CIA pada tahun 2011, mendedahkan, rata-rata laporan dan ‘cerita’ yang seringkali dikaitkan dengan Saddam sebenarnya tidak betul.

“Apa yang digambarkan oleh media kami adalah tidak benar (bercanggah) berbanding apa yang saya lalui ketika menyoal siasat pemimpin itu. Bekas pre­siden itu sebenarnya mempunyai nilai perikemanusian yang tinggi.

“Lelaki itu merupakan pe­mimpin paling berkarisma yang pernah saya temui dalam kehidupan saya selama ini, Beliau boleh menjadi sangat sopan, kelakar, baik dan menawan hati sesiapa sahaja.

“Mungkin ada sekali dua beliau menjadi marah dan menakutkan tetapi ia hanya pada awal-awal ketika Saddam masih lagi bersikap dingin dan enggan bercakap kerana mempunyai banyak syak wasangka. Beliau pula yang menyoal siasat saya,” katanya.

Bekas CIA yang kini menu lis pengalamannya dengan pe­mimpin Iraq itu turut mengakui dirinya berasa sangat ‘malu’ dengan apa yang berlaku di Iraq sejak penggulingan Saddam.

“Saya selalu fikir apa yang kami di CIA katakan adalah sesuatu yang penting dan presiden (AS) akan dengar, hakikat sebenar, tanggapan ini salah.

“Pandangan kami (CIA) tidak penting, apapun agenda politik lebih utama,” kata Nixon sambil menambah setelah mengenali kedua-duanya presiden, beliau merasakan lebih bersedia untuk menghabiskan masa dengan Saddam berbanding Presiden Bush yang disifatkannya berada dalam keadaan terasing daripada realiti yang sebenar.

Tambah Nixon, pentadbiran Bush tidak pernah terfikir atau kisah apa yang akan terjadi kepada Iraq selepas penggulingan Saddam, ini termasuk dengan kebangkitan militan Daesh yang mempergunakan nama Islam untuk melakukan keganasan.

Nixon turut menambah Saddam telah lama menghentikan program senjata nuklear di negaranya dan tidak mempunyai sebarang niat untuk memulakannya semula, tindakan itu, bagaimanapun diputar belit oleh AS.