Chloe Moretz

Menurut laman web variety.com, filem tentang kehidupan ikan duyung itu sebelum ini berdepan masalah selepas pe­ngarahnya, Sofia Coppola menarik diri.

Satu sumber mendakwa, Cop­pola enggan mengarah fi­lem tersebut kerana tidak mahu be­kerjasama dengan aktres berusia 18 tahun itu, yang di­pilih menjadi heroin dalam filem tersebut.

Bagaimanapun sehingga ki­ni, tiada pengarah baharu dinamakan untuk menggantikan Coppola.

The Little Mermaid merupakan kisah dongeng tentang kehidupan seekor ikan duyung yang sanggup meninggalkan kehidupan di laut selepas jatuh cinta dengan seorang lelaki.

Moretz sebelum ini dikenali menerusi filem Kick-Ass selepas memegang watak Hit-Girl dan terlibat dengan beberapa filem termasuk Let Me In, Hugo, Dark Shadows, Carrie, If I Stay dan The Equalizer.