Menurut portal berita BBC, agensi tersebut tidak mendedahkan butiran lanjut berkenaan perkara itu tetapi melaporkan cadangan tersebut akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.

Langkah itu sekali gus akan membolehkan Presiden, Xi Jinping kekal sebagai pemimpin selepas penggal pemerintahannya tamat pada tahun 2023.

Tahun lalu, ahli Kongres meramal Jinping akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin paling kuat selepas Mao Zedong.-AGENSI