Pesawat C919 yang dibina oleh syarikat milik kerajaan Commercial Aircraft Corporation of China (COMAC), sudah bersedia untuk melakukan penerbangannya di ruang udara Shanghai dan dijangka mampu berbuat demikian seawal hari Jumaat ini, demikian menurut laporan akhbar negara itu.

Pesawat berbadan kecil itu mewakili kejayaan yang diusahakan hampir sedekad lalu untuk mengurangkan pergantungan kepada syarikat pengeluar penerbangan asing.

C919 merupakan pesawat pe­ngangkut penumpang terbesar berjaya dibina dan menjadi tanda meningkatnya cita-cita dan kepakaran teknikal China.

Pesawat penumpang itu bo­leh memuatkan 168 penumpang dan terbang sejauh 5,555 kilo­meter.– AFP