Stesen televisyen negeri me­nyiarkan beberapa gambar ke­re­ta kebal tanpa pemandu itu yang menjalani sesi ujian ming­gu ini.

Rakaman tersebut menunjuk­kan bagaimana kereta kebal Jenis 59 itu dikendalikan dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh.

Menurut akhbar Global Times, itu adalah kali pertama kereta kebal tanpa pemandu buatan China dipamerkan kepada orang awam.

Akhbar tersebut melaporkan, kereta kebal itu direka berdasarkan model kereta kebal lama Soviet yang pertama kali digunakan di China pada 1950-an.

Peralatan perang canggih itu dihasilkan dalam jumlah yang besar kerana mempunyai hayat perkhidmatan yang panjang.

“Sejumlah besar kereta kebal Jenis 59 tersebut boleh ditukar kepada kenderaan tanpa pemandu jika dilengkapi dengan kecerdasan buatan

“Kereta kebal canggih itu dapat beroperasi dengan peralatan tanpa pemandu lain, mengintegrasikan maklumat dari satelit, pesawat udara atau kapal selam,” kata Ketua Pengarang Ke­re­ta Kebal dan Kenderaan Berperisai, Liu Qingshan.

China semakin giat menjalankan program pemodenan angkatan bersenjatanya, termasuk membina pesawat pejuang dan kapal terbang baharu, ketika Presiden Xi Jinping meningkatkan usaha memperluas kuasa negara ini. – REUTERS