Jinping ketika berucap dalam lawatannya ke negara ini hari ini berkata, beliau berharap masalah yang wujud di Laut China Selatan akan dapat diselesaikan secara aman.

“Biar saya jelaskan di sini bahawa pulau-pulau yang terletak di Laut China Selatan berada di bawah jajahan China sejak dari dahulu lagi.

“Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan China untuk menjaga kedaulatan kawasan jajahannya dan menjaga kepentingan maritimnya,” jelasnya.

Jinping berkata, China akan terus berusaha mencari jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan melalui perbincangan dan rundingan.

“Terdapat sesetengah pulau milik China kini diduduki oleh negara-negara lain. Kami berjanji perhatian kami adalah untuk menamatkan konflik secara aman. Kami percaya pihak yang kuat dan kaya tidak sepatutnya membuli pihak yang lemah dan miskin,” ujarnya.

Jinping berada di Singapura untuk lawatan kerja dan turut mengumumkan akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou dalam pertemuan bersejarah kedua-dua buah negara sejak berakhirnya perang saudara pada 1949.

Amerika Syarikat sebelum ini memberi amaran bahawa tindakan China itu boleh mengancam kebebasan pelayaran di lautan utama dunia itu.

Jinping berada di Singapura untuk lawatan negara. Pada minggu lalu tanpa dirancang telah diumumkan bahawa Presiden China itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou semasa lawatannya ke republik ini.

Ia bakal menjadi pertemuan pertama antara pemimpin kedua-dua negara sejak tamat perang saudara yang memisahkan Taiwan dengan tanah besar China pada 1949. – AFP