Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Agrikultur China, kerajaan tempatan memeriksa kira-kira 30,196 ternakan ayam dan mendapati 28,650 ayam dijangkiti wabak itu manakala 15,066 lagi dimatikan.

Penularan wabak itu disahkan sebagai H5N6.

Sebelum itu, China melaporkan sebanyak 13 kematian direkodkan akibat wabak H7N9 pada Jun lalu dan jumlah korban yang dicatatkan sehingga bulan ini meningkat kepada 281. – REUTERS