Pegawai penyiasat hak asasi manusia PBB menegaskan, ope­rasi besar-besaran yang dilakukan tentera Myanmar selama hampir empat bulan terhadap etnik minoriti Islam Rohingya di utara Rakhine dilihat telah meng­akibatkan kekejaman dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Namun, Duta Britain, Matthew Rycroft memberitahu pemberita, tidak ada kata sepakat dicapai daripada negara-negara anggota PBB untuk mengemukakan ke­nya­taan itu selepas China dan Rusia menyuarakan bantahan.

Kenyataan yang diusulkan Bri­tish memandang serius pertempuran di beberapa bahagian di Myanmar dan menekankan kepen­tingan misi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk di seluruh kawasan berkenaan.

“Kami menyokong proses per­damaian dan kami juga adalah salah satu negara penderma bantuan kemanusiaan dua hala terbesar, termasuk di negeri Rakhine,” kata Rycroft mewakili Britain sebagai Presiden Majlis Keselamatan bulan ini.

Satu kenyataan untuk melahirkan kebimbangan yang dipersetujui bersama boleh memberi lampu hijau kepada tindakan selanjutnya.

Tetapi langkah China dan Rusia yang masing-masing mempunyai kuasa veto dilihat sebagai isyarat jelas bahawa penderitaan rakyat Myanmar perlu diketepikan daripada agenda majlis itu.

Pegawai diplomatik kedua-dua negara itu bagaimanapun tidak membalas permintaan daripada AFP untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantahan tersebut.