Modul teras sepanjang 17 meter itu menjadi tarikan di pameran udara China yang diadakan dua tahun sekali di bandar pantai selatan Zhuhai, pameran industri aeroangkasa utama di negara ini.

Model ini mewakili ruang kerja dan ruang Tiangong - atau “Istana Syurgawi” - juga akan mempunyai dua modul lain untuk tujuan eksperimen saintifik dan akan dilengkapi dengan panel solar.

Tiga angkasawan akan ditempatkan secara tetap di makmal seberat 60 tan yang mengorbit bumi, bagi membolehkan penyelidikan biologi dan mikrograviti dijalankan.

Pemasangan makmal ber­kenaan dijangka siap sekitar 2022 dan stesen itu akan mempunyai jangka hayat sekitar 10 tahun.

Stesen Angkasa Antarabangsa atau ISS - mewakili kerjasama antara Amerika Syarikat, Rusia, Kanada, Eropah dan Jepun - te­lah beroperasi sejak 1998 tetapi akan tamat perkhid­matannya pada 2024.

China akan menjadi satu-satu negara mempunyai stesen angkasa di orbit, walaupun saiznya lebih kecil daripada ISS yang beratnya 400 tan atau sebesar sebuah padang bola sepak.

Negara komunis itu pada Mei lalu mengumumkan makmal itu akan terbuka kepada semua negara untuk menjalankan eksperimen sains.

Agensi Angkasa Eropah te­lah menghantar angkasawan ke China untuk mendapat latihan bekerja di ste­sen angkasa China sebaik sahaja ia dilancarkan. – AFP