Menurut agensi berita Xinhua, pelancaran roket ‘Chongqing Liangjiang Star’ yang dibangunkan oleh OneSpace Technology, sebuah firma swasta berpengkalan di Beijing itu, menandakan roket bukan kerajaan China yang pertama berjaya memasuki orbit.

Roket tersebut dikuasakan oleh enjin bahan api pepejal yang dibangunkan oleh OneSpace dan sistem kawalannya dapat disesuaikan mengikut kesesuaian pengguna, kata Pengerusi syarikat itu, Ma Chao. -REUTERS