XI JINPING berjabat tangan dengan Lee Hae-chan selepas mengadakan pertemuan di Beijing, China, semalam. REUTERS

Jinping berkata demikian semasa pertemuan de­ngan Duta Khas Presiden Korea Selatan, Lee Hae-chan yang mengadakan lawatan ke China semalam sambil menegaskan usaha untuk mengukuhkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak 25 tahun lalu selain mengendalikan sebarang perbezaan pendapat antara negara tersebut dengan penuh rasa hormat.

Beliau berkata, China bersedia untuk meningkatkan komunikasi de­ngan kerajaan baharu Korea Selatan berkaitan usaha menghalang pembangunan senjata nuklear di Semenanjung Korea dan memulakan semula dialog berkaitan isu tersebut dalam tempoh terdekat.

Seorang pemimpin di peringkat wilayah, Yang Jiechi yang hadir dalam pertemuan tersebut turut memohon supaya isu kontroversi membabitkan pemasangan sistem Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD) milik Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan dapat dikendalikan dengan baik.

Membalas kenyataan itu, Hae-chan berkata, Korea Selatan memahami kebimbangan China dan bersedia untuk meningkatkan usaha bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Dalam perkembangan lain, dua jet pejuang Su­khoi Su-30 milik China dilaporkan bertindak me­mintas pesawat tentera AS, US WC-135 yang sedang menjalankan misi untuk mengesan radiasi di ruang udara antarabangsa di Laut China Timur.

Menurut jurucakap pe­gawai AS yang dipetik saluran berita CNN, salah sebuah jet pejuang China itu dikatakan bergerak mendekati pesawat tentera AS dan berada rapat 45 meter dari pesawat ber­kenaan.

Kebimbangan China me­ngenai aktiviti AS berhampiran perairan antarabangsa yang kaya dengan sumber di luar pantainya itu telah berulang kali mencetus ke­tegangan antara kedua-dua negara.

“Pintasan itu dianggap tidak profesional. Siasatan telah dijalankan dan isu ini sedang ditangani dengan China. – BERNAMA