Lapor New York Times, kapal berkenaan mempunyai keluasan sebesar 314.8 meter dan seberat 70,000 metrik tan berlepas di Dalian, sebuah pelabuhan di timur laut China dan berhenti di limbungan berdekatan.

Menurut kenyataan Tente­ra Pembebasan Rakyat China (PLA), kapal tersebut masih belum beroperasi sepenuhnya tetapi pelancarannya membe­rikan lonjakan penting kepada kemajuan reka bentuk dan pembinaan kapal pengangkut pesawat di China.

Katanya, kapal berkenaan akan menjalani lebih banyak ujian dan pemasangan peralatan sebelum melalui ujian pelayaran.

Beberapa laporan tempatan mendakwa kapal itu akan dikenali sebagai Shandong, sempena nama sebuah wilayah pantai timur China.

Pada tahun 2011, China me­lancarkan kapal pengangkut pesawat pertamanya iaitu Lia­oning, yang dibeli dari Ukraine sekitar tahun 1998.

Menurut penganalisis, kapal terbaharu itu mempunyai rekaan hampir sama tetapi lebih besar dan maju berbanding Lia­oning.