Menteri Luarnya, Chrystia Freeland dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian mengenai penahanan sembarangan oleh pihak berkuasa Cina terhadap dua rakyatnya awal bulan ini.

“Kita meminta agar mereka dibebaskan segera dan Kanada tidak akan berkompromi atau berpolitik mengenai ‘rule of law’ (prinsip kedaulatan undang-undang).

“Kanada juga menjalankan secara adil, tidak memihak dan telus dalam proses perundangan,” katanya.

Tambahnya, Kanada menghormati komitmen perundangan antarabangsa termasuk memegang kepada perjanjian ekstradisi dengan AS. - AFP