Pengarah Publisiti Biro Hak Asasi Manusia Majlis Negara, Li Xiaojun berkata, tindakan yang dilakukan tidak seperti Eropah yang gagal mengendali masalah terbabit.

``Ini bukan perbuatan menzalimi mereka sebaliknya apa yang dilakukan China adalah untuk mewujudkan pusat latihan profesional dan pusat pendidikan.’’

``Jika kamu katakan ini bukan cara terbaik tetapi mungkin ini jalan yang diperlukan untuk menangani kumpulan pelampau agama atau kumpulan pelampau Islam kerana barat gagal menangani kumpulan ini. Lihat sahaja Belgium, Paris dan negara-negara Eropah lain. Kamu telah gagal,’’ katanya. - Reuters