Jurucakap Menteri Luar China, Lu Kang berkata, kenyataan AS adalah bertentangan dengan fakta dan tidak bertanggungjawab.

``Kami amat mengambil berat tentang hal ini. Semua pihak yang terlibat sepatutnya menunjukkan keikhlasan dan fleksibiliti bukannya sentiasa berubah pendirian dan meletakkan kesalahan pada pihak lain,’’ katanya. - AFP