Jurucakap negara itu di pejabat Hal Ehwal Taiwan, Ma Xiaoguang berkata, hubungan di selat Taiwan yang memisahkan kedua-dua negara bukan hubungan `negara kepada negara’ dan tiada `satu China dan satu Taiwan’.

``Taiwan tidak boleh dipisahkan dari wilayah China, tidak pernah dan tidak akan menjadi sebuah negara,’’ katanya.

Kerajaan Taiwan bagaimanapun membidas dengan menegaskan bahawa Republik China merupakan negara berdaulat justeru masa depan dan pembangunan negara itu akan ditentukan oleh penduduk Taiwan yang berjumlah 23 juta orang. - Reuters

habis.