Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

China: 26 cedera pesawat langgar gelombang udara bertekanan tinggi

SEKURANG-KURANGNYA 26 orang cedera apabila sebuah pesawat milik
SEKURANG-KURANGNYA 26 orang cedera apabila sebuah pesawat milik China Eastern Airlines yang dalam perjalanan dari Paris ke bandar ini terlanggar kawasan gelombang udara bertekanan tinggi hari ini. -GAMBAR HIASAN/REUTERS

KUNMING, China 18 Jun - Sekurang-kurangnya 26 orang cedera dengan empat daripada mereka parah apabila sebuah pesawat milik China Eastern Airlines yang dalam perjalanan dari Paris ke bandar ini terlanggar kawasan gelombang udara bertekanan tinggi hari ini.

Insiden itu berlaku apabila pesawat MU744 dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle dilaporkan bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui di wilayah Yunnan.

Portal BBC memetik laporan agensi berita China, Xinhua sebagai berkata, susulan insiden itu, ada dalam kalangan penumpang yang patah tulang, luka di bahagian kepala dan tercedera akibat ditimpa bagasi.

“Kami dapat rasakan gegaran yang kuat sebanyak dua kali dan gegaran sederhana sebanyak tiga kali, selama kira-kira 10 minit,” kata salah seorang penumpang yang dikenali sebagai Zhang kepada Xinhua.

Seorang lagi penumpang pula memberitahu South China Morning Post bahawa, ketika kejadian, dia hanya mengingati mati dan tidak percaya akan selamat.

Ketika ini, pihak berkuasa China dilaporkan sedang menjalankan siasatan terhadap insiden itu secara terperinci. -AFP/AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain