BBC melaporkan, cermin mata pintar itu dihubungkan dengan pangkalan data dalaman polis mengenai suspek bermakna anggota polis dengan pantas boleh mengimbas pergerakan orang ramai sementara mengesan suspek.

Bagaimanapun para pengkri­tik bimbang penggunaan tek­no­logi terbaharu itu akan memberikan lebih kuasa kepada ke­­rajaan.

Menurut akhbar China, setakat ini cermin mata berkenaan sudah membantu polis menangkap tujuh orang suspek penjenayah.

Polis China ketika ini menggunakan alat baharu itu di ste­sen kereta api di bandar Zhengzhou, dengan tujuh suspek yang ditahan terbabit dengan jenayah langgar lari dan pemerdagangan manusia.

Menerusi teknologi tersebut, pihak berkuasa turut mengenal pasti 26 individu yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Malah, teknologi itu mem­bolehkan pegawai polis me­rakam gambar individu men­curigakan sebelum memban­dingkannya de­­ngan gambar yang disimpan dalam pangkalan data dalaman polis.

Jika ciri suspek sepadan da­lam pangkalan data polis, maklumat tentang nama dan alamat individu itu akan diserahkan kepada petugas berhampiran.

Namun wujud kebimba­ngan bahawa kerajaan akan menggunakan teknologi itu bagi mengesan pesalah politik atau etnik minoriti ter­tentu.

Ketika ini, China me­miliki kira-kira 170 juta kamera litar tertutup yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan, berkebolehan mengecam wajah individu dengan 400 juta ka­mera baharu bakal dipasang dalam tempoh tiga tahun lagi.