Menurutnya, negara tersebut begitu indah dengan orangnya penuh kegembiraan dan makanan yang lazat.

Bagaimanapun, tindakan tweet itu membuatkan pengguna twitter lain mengecamnya hingga ada menyatakan beliau seorang tidak bertanggungjawab dan pekak berikutan pembunuhan kaum yang berlaku di sana.

Myanmar menjadi perhatian antabangsa sejak Ogos tahun lalu selepas tindakan ketenteraan terhadap etnik Rohingya yang minoriti di Rakhine.

Tindakan itu selepas dikatakan serangan militan Rohingya terhadap beberapa pos polis di sana.

Keganasan itu menyebabkan lebih 700,000 etnik Rohingya lari ke luar termasuk ke negara jiran, Bangladesh.

Kecaman itu juga dibuat wartawan-wartawan yang membuat liputan terhadap keganasan yang berlaku di sana. - AGENSI