Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cecair titisan mata cegah keletihan

EDINBURGH 18 April – Para saintis mendapati sindrom keletihan akibat berada di dalam pesawat dalam tempoh yang lama boleh diatasi dengan menggunakan cecair titisan mata.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis diketuai Profesor Mike Ludwig dari Universiti Edinburgh mendapati, wujudnya hubungan antara mata dengan sistem kawalan tubuh manusia.

Mereka menemukan sel baharu dalam retina yang memberi isyarat tentang perubahan cahaya kepada bahagian otak yang mengatur aktiviti fisiologi tubuh.

Keletihan tubuh yang melam­pau berlaku apabila tubuh manusia bergelut menyesuaikan diri dengan waktu yang berbeza juga terhadap cahaya dan ke­gelapan selepas pesawat berada dalam zon waktu berlainan.

Para saintis percaya mereka boleh membantu dengan menggunakan cecair titisan mata bagi ‘memanipulasi’ isyarat retina sekali gus mengubah tindak balas tubuh terhadap pertukaran cahaya.

Menurut Ludwig, hasil yang memberangsangkan itu membuka laluan farmakologi baharu untuk memanipulasi sistem bio­logi dalaman manusia.

“Kajian pada masa depan yang mengubah isyarat melalui mata mampu menghasilkan titisan mata yang menghilangkan keletihan namun perkara ini masih lagi jauh,” katanya yang dipetik portal Mirror.

Penemuan itu membuka potensi memulihkan sistem bio­logi mereka yang menghadapi masalah bekerja pada waktu malam.

Sebelum ini, pakar-pakar menasihatkan mereka yang me­ngalami masalah keletihan akibat perubahan masa untuk mematuhi pola tidur dan pemakanan dalam zon waktu yang baharu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain