Menurut laporan Mail Online, rakaman video menunjukkan Zapata, 37, menggunakan alat dina­makan Flyboard Air dan terapung setinggi 50 meter selama tujuh minit.

Guinness World Records mengesahkan Zapata berjaya mengatasi rekod tahun lalu yang dicatat oleh warga Kanada, Catlin Alexandru dengan kemampuan meluncur di udara sejauh 275.9 meter.

Zapata juga mencatat rekod apabila berjaya melakukan aksi lambungan ke belakang sebanyak 26 kali selama seminit menggunakan Flyboard Air.

Flyboard Air yang dihasilkan oleh syarikatnya, Zapata Racing, popular dalam kalangan selebriti seperti Justin Bieber dan Kylie Jenner, namun ciptaan terbaharunya itu dilihat mengatasi hoverboard buatan Marty McFly.

Alat tersebut dikatakan mampu membawa penggunanya terbang setinggi 3,048 meter.

Zapata Racing mendakwa alat itu menggunakan unit penggerak bebas untuk terbang selama 10 minit dan mempunyai kelajuan maksimum 150 kilometer sejam.

Rekaan terbaharu berharga 1,577 pound (RM9,000) itu menampilkan bentuk papan luncur yang membolehkan penggunanya melakukan pelbagai aksi.