Rojay ketika bercakap selepas mengadakan mesyuarat tergempar Kabinetnya berkata, kerajaan negeri itu telah diminta supaya menjelaskan sama ada ia telah mengumumkan kemerdekaannya atau pun sebaliknya.

Permin­taan penje­las­an itu me­-
rupakan langkah pertama ke arah me­ngantung ku­asa autonomi Catalonia, berdasarkan peruntukan perlembagaan.

Presiden Catalonia, Carles Puigdemont dan ahli-ahli Parlimennya telah menandatangani peristiharan kemerdekaan pada Selasa lalu tetapi tidak melaksanakananya untuk membolehkan perbincangan dilakukan antara wilayah yang kaya itu dengan Sepanyol.

Tindakan Rojay yang sete­rusnya kini bergantung kepada jawapan yang diberikan oleh Puigdemont.

Jika benar pengistiharan telah dibuat, Rojay mungkin mengambil langkah darurat ke arah melaksanakan pentadbiran Catalonia secara terus tetapi jika sebaliknya , Catalonia dikira masih belum melanggar undang-undang Sepanyol.

Rojay yang berdepan dengan desakan untuk mengambil tindakan lebih keras berkata, pihaknya perlu mengembalikan Catalonia kepada keadaan sebelumnya dari segi keselamatan, keamanan secepat yang mungkin.

Sebelum ini, kerajaan Catalonia berkata, pengisytiharan kemerdekaan itu sekadar satu tindakan simbolik kerana pe­ngumuman rasmi perlu dilakukan oleh Parlimen negeri itu.

Menurut jurucakapnya, Jordi Turull, peristiharan yang di­meterai oleh ahli Parlimen pada petang semalam adalah tanda komitmen semua pihak yang terba­-
bit untuk merdeka dari Sepanyol.

Sementara itu penduduk Sepanyol mempunyai pandangan berbeza mengenai keputusan Puigdemont yang menangguhkan pengisytiharan kemerdekaan Catalonia.

Timbalan Menteri negara ini, Soraya Saenz de Santamaria ketika bercakap kepada media menyifatkan Puigdemont sebagai seorang yang tidak mempunyai hala tuju dan tidak tahu apa yang dilakukannya.

Seorang penduduk di sini, Maria Rosa Bertran berkata, dia menentang pemisahan itu ditangguhkan kerana boleh menyebabkan krisis makin me­runcing yang membawa kepada rusuhan rakyat.

Pemimpin politik di Eropah turut melahirkan kebimbangan jika berlaku kekecohan akibat penangguhan tersebut.

Puigdemont dan sekutunya juga dikatakan menandatanga­ni deklarasi kemerdekaan di luar bangunan Parlimen tetapi perkara itu tidak dapat disahkan secara rasmi. – REUTERS/AFP

Sementara itu, Menteri Luar Jerman, Sigmar Gabriel hari ini menyatakan bahawa krisis yang berlaku antara kerajaan Sepanyol dengan barisan pemimpin Catalonia hanya boleh diselesaikan dengan mengadakan rundingan berdasarkan Perlembagaan negara ini dan menyifatkan pengisytiharan kemerdekaan secara unilateral sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.– REUTERS/AFP