Tindakan itu susulan desakan Ahli Parlimen Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang menuntut penjelasan tentang cara firma yang mengendali kempen pilihan raya Presiden Donald Trump itu memperoleh akses data berkenaan.

Anggota Kongres AS telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg supaya memberi penjelasan terbabit.

Semalam, Facebook me­lantik juruaudit forensik dari firma Stroz Friedberg untuk menyiasat dan menentukan sama ada Cambridge Analytical masih menyimpan data berkenaan.

“Juruaudit berada di firma berkenaan di London namun atas permohonan pejabat Suruhanjaya Mak­lumat UK yang mahukan waran untuk menyi­asat sendiri firma itu, maka juruaudit terbabit menghentikan tugasnya,” jelas Facebook.

Saham Facebook ditutup rendah hampir tujuh peratus sekali gus mencetuskan kebimbangan pelabur jika undang-undang baharu itu akan menjejaskan perniagaan iklan syarikat tersebut.

Sementara itu Cambridge Analytica menegaskan telah mema­dam semua data Facebook yang diperoleh daripada permohonan orang ketiga pada 2014 selepas mengetahui maklumat yang diterima tidak mematuhi peraturan perlindungan data. – REUTERS