Pemindahan besar-besaran melibatkan lebih 20,000 penduduk di daerah Napa, Sonoma dan Yuba diumumkan selepas lebih 1,500 bangunan dijilat api dan hampir 100 orang dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas serta melecur.

Gabenor California mengisytiharkan darurat di wilayah terkenal dengan ladang anggur itu ketika anggota bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran yang merebak dengan pantas dan berusaha mencari puluhan mangsa yang masih hilang. - AGENSI