Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan burung berkenaan bertenggek di salah satu kerusi, kira-kira dua jam sebelum pesawat itu mendarat di London.

Cubaan awal oleh krew kabin pesawat itu untuk menangkap burung terbabit gagal - menyebabkan beberapa penumpang turut sama cuba menangkap haiwan tersebut.

“Burung tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa yang mengendalikan kuarantin binatang sejurus tiba di London,” kata syarikat Singapore Airlines dalam kenyataan dikeluarkan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana burung berkenaan berjaya menyelinap masuk ke dalam pesawat tersebut. - AFP