Mail Online melaporkan, klip video itu dimuat naik di YouTube oleh seorang pengguna bernama Joe Ward dengan tajuk, ‘Only in Australia’.

Dalam klip itu, kereta berwarna merah dipercayai dalam perjalanan ke Cahills Crossing, bahagian cetek di Sungai East Alligator dekat Northern Territories ketika jalan itu dilimpahi air sungai berkenaan.

Bagaimanapun, kehadiran se­ekor buaya besar yang berada di laluan kereta dari jenis Holden Commodore itu menjejaskan perjalanan kenderaan tersebut.

Keengganan buaya itu untuk beredar memaksa pemandu kereta terbabit membunyikan hon dengan kuat bagi menghalau reptilia tersebut.

Namun ketika kereta itu menghampiri buaya berkenaan, haiwan terbabit akhirnya mengalah dan berenang ke dalam air.

Buaya itu kemudian perlahan-lahan tenggelam di dalam air ketika rakaman video terbabit tamat.

Kejadian melucukan itu dirakam pada 6 Ogos lalu.