Perbuatan jenayah kejam itu berjaya dikesan penghuni di pangsapuri Bachraj Paradise Society, di sini selepas cebisan daging tersebut tersangkut dalam saluran pembentungan mereka.

“Kami menemukan dua jari semasa menyaring cebisan daging tersebut sekali gus membantu kami memastikan ia adalah anggota badan manusia,” kata pegawai polis, Jayant Bajbale.

“Semasa menyaring semua cebisan daging, kami menemui dua jari yang mana dapat membantu kami menentukan sama ada ia anggota badan manusia,” kata pegawai polis, Jayant Bajbale.

Selepas mengesan bau busuk, pihak polis meneruskan pencarian di salah sebuah unit pangsapuri sehingga membawa kepada penemuan alat yang digunakan untuk mengerat mayat.

“Kami kemudian mengenal pasti penyewa berkenaan sebelum memperdayanya untuk datang ke sini untuk membuat tangkapan. Suspek yang berusia 40-an mengaku membunuh rakannya kerana pertengkaran kecil,” ujarnya.

Suspek mengaku mengambil masa kira-kira tiga hari untuk memotong mayat rakannya itu sebelum membuangnya di beberapa lokasi. -AFP