Kejadian dramatik berkenaan yang disahkan oleh polis sebagai tidak bermotifkan keganasan, berlaku apabila polis cuba menahan lelaki terbabit kerana kenderaan dipandunya tidak memiliki nombor lesen kenderaan.

“Suspek bukan berniat untuk sengaja mencederakan orang lain.

“Suspek cuba melakukan apa sahaja untuk mengelakkan dirinya daripada ditahan. Tindakannya, terutamanya ketika dia menikam orang yang tidak bersalah, adalah perbuatan seseorang yang kami percaya mempunyai masalah mental,” menurut Pemangku Naib Komisioner, Mick Fitzgerald. - AFP