Menurut laporan The Washington Post memetik kenyataan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebagai berkata, bungkusan itu dihantar ke bandar ini.

Polis berkata, letupan tersebut dikaitkan dengan tiga pengeboman yang berlaku sebelum ini.

“Kita sedang berdepan dengan apa yang kita syak adalah pengebom bersiri ketika ini. Adakah ini keganasan? Atau berkaitan dengan jenayah kebencian?.

“Seperti yang kita beritahu dari awal, kami tidak bersedia mengesahkan kejadian ini sebagai keganasan atau kebencian kerana tiada bukti mencukupi,” kata Ketua Polis Austin, Brian Manley. - AFP