Sebaliknya, ARSA menerusi Twitter menjelaskan bahawa kesemua mayat tersebut adalah penduduk awam yang tidak berdosa dan menjadi mangsa keganasan tentera Myanmar.

“Kami dengan ini memaklumkan bahawa 10 mayat Rohingya yang ditemukan dalam kubur besar pada bulan lalu di perkampungan Inn Din adalah penduduk awam yang menjadi mangsa penindasan tentera Myanmar,” jelas kenyataan itu. – REUTERS