Saksi berkata, kaki budak itu terlilit pada salah satu tali layang-layang tersebut apabila mangsa cuba mendekati layang-layang berukuran 18 meter lebar itu yang jatuh dari udara.

Insiden tersebut berlaku berdekatan bandar Ho Chi Minh.

Menurut pihak berkuasa, beratus-ratus orang bertumpu di tempat itu setiap hujung minggu untuk menyaksikan pertunjukan layang-layang anjuran Persatuan Layang-Layang Saigon.

Kejadian itu tidak disedari oleh sesiapa kerana penonton asyik bermain layang-layang.

Budak itu kemudian dikejarkan ke hospital dan dia kemudian disahkan meninggal dunia.

Mangsa dipercayai datang ke padang tersebut bersama ibu-bapanya.Punca kematian budak itu masih disiasat.